sekolah oh sekolah!!

Aku ni bersekolah rendah kat area umah aku ni aja.jalan kaki bleh sampai. Result UPSR aku tak da la gempak mana pun.bleh la tahan. Lepas tu aku pun ditempatkan oleh kedua ayahbonda ku di sekolah menengah yg dikelilingi ngan kelapa sawit. Mmg xda pencemaran,tapi banyak gak la minatang2 yg tak diundang leh menceroboh antaranya cows, monkeys, beruk mak yeh dan lain2..


Kesal? Memang pun.. tapi apa leh wat nasi dah jadi bubur.so nak x nak kena telan gak la bubur yg xberapa sedap tu. Aku kesal tapi wat2 slumber macam x kesal. Yg kenal rapat ngan aku tau la cam na kesal & menyesalnya aku melalui liku2 idupku di zaman sekolah dulu dengan cara yg x berapa baik.(ada jugak yg baiknya 2% kot)..


Di sekolah menengah ni la bermulanya kisah aku sebagai seorang student yg agak nasty ckit. Masa form1 until form3,aku ok aja. Result PMR pun bleh tahan.takda yg fail n kira ok la walaupun bukan tahap cemerlang. Masuk aja form4 aku mula wat perangai. Tak tau setan spesis apa yg dah merasuk hatiku yg kecil ni. Aku dah malas nak study. Pergi sekolah pun bleh kira ngan jari. Tapi jgn main2,aku ada kawan baik. Nama they all wa & kc. Nama glamour aja tu. nak jgak glamour 2 makhluk tu..hehe.. we all ni kiranya baru berkenalan masa form4 tu sebab masing2 dari sekolah lain. Aku aja yg jadi penunggu tetap lam sekolah tu.. bila dah kenal antara 1 sama lain lebih rapat, banyak perkara yg dikongsi bersama antaranya apa lagi ponteng sekolah la.. tanpa memikirkan masa depan,masing2 kononnya masa tu nak seronok aja. Orang pergi sekolah,we all of coz la tak termasuk dalam golongan yg skema tu..hehe. tempat we all di shopping complex, station bus dan blabla la.malas nak senaraikan banyak sangat port bersantai. Banyak lagi yg aku wat tapi terpaksa dirahsiakan atas sebab2 tertentu.. SPM? Ooo agak dah mesti u all akan tanya soklan tu..hehe of coz la kantoi..walaupun x failed, tapi aku agak frust kerana x dapat masuk universiti. Sedih gak tgk kawan2 yg len dapat pergi u. tapi apa leh wat,sendiri cari penyakit.. nasib la… kawan2 baik aku pun xdapat masuk u. lepas tu aku pun konon2 pergi la sambung study kat kolej swasta kat area jalan chain ferry, pulau pinang. Kat situ pun aku main2 gak. Ayah aku pun trus berhentikan aku dari situ dan aku disuruh masuk form6. OMG!!! Aku cam x caya aku dah pun ada di tingkatan6. huh memang x best langsung.dah la kena pakai baju sekolah and banyak peraturan nak kena ikut.tapi takpa,aku hepi sebab masih ada kawan baik aku yg seorang lagi tu,wa. C kc plak dah selamat jadi bini orang. U all nak tau,aku pun tak pasti napa la aku ni biol sangat masa tu xreti2 nak berubah. Aku tetap cam tu gak study main2.lastly aku terpaksa menerima hakikat yg result aku peerrrgghhh gila babeng.. kat cni aku terus terang aja la result aku okies:

P.AM

D+

1.33

BM

D+

1.33

SEJARAH

F

0.00

P.PERNIAGAAN

F

0.00

Tgk la betapa teruknya.Mak ayah aku mmg frust la. Aku masa tu mmg x rasa apa2 lagi. Kawan baik aku tu dah selamat masuk u. aku pulak jadi cam tah tak tau nak terangkan.

Masa aku merayau2 kat town,aku ternampak satu ipts ni.tetiba hati aku tergerak nak pergi tanya tentang kos yg ditawarkan kat situ.maklumla,aku tak layak masuk u,jadi aku terima aja la study kat kolej tu. Aku amik kos IT. Diploma aja. Hari pertama aku masuk kat kolej tu,aku dah berazam tak kan main2 lagi macam yg lepas. Aku serik dan mula timbul keinsafan dalam diri..chewah macam pa tah..hehe.. aku pun mulakan la idup baru aku tu. Alhamdulillah sampai sekarang aku masih kat kolej tu. Result aku pun boleh tahan. Lebih2 lagi aku layak apply pinjaman dari MARA.Tapi lau nak guna SPM wat apply MARA tu mmg xlayak.tapi aku guna result semester 1 kat kolej tu. Syukur la permohonan aku diterima. Sekarang aku dah semester 5 kat sini. Tak lama lagi semester 6. kalau takda aral melintang,insyaAllah aku akan tamat hujung tahun depan.


Buat adik2 yg masih bersekolah, hargailah masa sekolah u all. Sebab zaman sekolah tak kan ulang lagi. Zaman di kolej @ universiti boleh di ulang,tapi tidak di sekolah. Kecuali u all mmg cita2 nak jadi cikgu sekolah. Bleh la pergi sekolah hari2..


~ Yang baik dijadikan teladan.. yang buruk dan tak berapa baik dijadikan sempadan =) ~

“sekali kita gagal, tak semestinya kita akan gagal untuk selamanya”

Aku nak ubah sikit kata2 ni:

sekali atau berjuta2 kali kita gagal sekalipun, tak semstinya kita akan gagal utk selamanya”

{{N0tHinG SpeCiaL aBouT Me}}

Special atau x tu belakang kira. Yg penting aku nak tulis gak blog ni.. aku nak jugak sebab naik syok bila baca blog2 member aku.. lg 1, aku nak gak test penulisan aku ni tahap mana.. lau x popular pun x pa asalkan aku hepi apa aku wat =) .. yg paling penting,aku nak share ngan u all apa yg patot dikongsi. Okies,, Nama glamour aku, inn.ceh glamour la kunun.. Lagi ada gak orang panggil ngan panggilan2 lain termasuk nama2 panggilan yg terlarang di belakang ku..huhu x kisah la asalkan they all bahagia.. aku ni simple2 aja.. nak kata bengap tahap tenok tak jugak..nak kata genius tahap gaban pun x jugak. Suam2 suku la(eh btol x ni? Bukan suam2 kuku ke apa tah ah lantak la).. aku lahir tahun 1987. kirala sendiri berapa umur aku sekarang. ok la tu serba sedikit ttg diri aku yg sederhana lagi tak berapa comey ni.. hope u guys dah kenal aku sikit2 okies.. nak taip banyak2 nanti u all kebosanan pulak..