sekatil,seselimut..

3days 2 nites spent time ngan besfrenz.. penat tp best sgt. bila dah tidor sekatil, seselimut, baru tau camna pangai dey all sbnrnya..hehe. tp sweet sgt. lucu pon ada. apa2 pon mmg enjoy la.. 24jam ngan dey all.
thanks wat aida, ina n dila.. mmg best lepak ngan dey all ni. walaupon juz window shoping coz msg2 ngah pokai.huhu..

dari kiri : dila, aida, ina

tidur umah 1 of my besfren..

mlm ni tidoq umah 1 of my besfren.. memula ingatkan xjd coz nak kena antar adik p keja.. pas explain kat my mom, dia bg p.. mmg besttttt..... bkn salu leh enjoy berempat..
sok nak merayau dan merayau dan merayau lg.. yeeeaahhhh!!!!!!!

DSLRku... tunggu kehadiranku...

sejak beberapa bln ni lam pala otak aku syik pikir camera DSLR ja.. mmg aku ngaku aku dah jatuh cinta ngan kamera spesis ni. tp apakan daya, lum termampu nak beli. setakat p try pegang kat kedai photo tu ada la.



aduh hampir setiap ari aku akan google pasai DSLR ni. gila ke hapa? adik aku pon dah nek pelik. dah leh hafal apa aku akan taip kat google stp ari. sabar inn sabar!!!
ni model nikon D40.

dulu aku tergila2 nak beli model ni sbb under bajet. pastu sesuai for beginner.dah xda keluaran model ni. jadi aku beralih kpd model len plak...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.ni la yg aku aim skrg. Nikon D3000.

ari tu aku ngan kengkawan ada p survey kamera ni kat penang. harga tu ikut pakej la. ada yg RM1980, RM1999 & ada yg smp RM2199. yg mhl ckit tu ofcos dia akan bg byk gifts mcm tripod, memory card & mcm2 lg la. lau harga murah ckit tu dia juz bg beg ja sbg free gift.
tp kan,aku rasa better amek yg mahal ckit tu sbb byk gifts. lau nak bli tripod n memory card len kali misalnya, rugi la.


aku sbnrnya zero psl photography ni. juz nak cuba2.mmg dr kecik minat amek gmbr. manala tau ada bakat terpendam..hehe. masa p penang tu pun sj cuci2 mata. nak bli trus manada sen. kena sabar lu la. tah2 masa dah keja baru leh bli..hehe.
xpa la wat masa ni nak cari camera compact lu.sbb murah ckit.. tgu la Pc fair sbb akan dpt harga murah ckit. leh la amek pic kwn2 kat langkawi nanti.. hehehe yeehaaa..


pd kwn2 ku,tgu pic terchantek dr aku wat kalian ya..heee


bohsan nak final!!

dah lama sgt x update blog ni..
rasa mls la.
byk menda nak cita tp jari ni yg mls (bkn aku mls).

hmm..xlama lg nak final.. 2 weeks to go. xlama kan?
buku2 yg bertimbun tu xjugak aku sentuh..
asyik2 on tenet ja,men facebook. xpun aku akan google menda2 yg xberpekdah(oopss bkn biru2 punya ok). lg 1 aku sgt la minat bukak mudahDOTmy. kat c2 aku akan tgk camera yg aku idam2kan. ui geram tgk (dgn tiada lg kesabaran). hopefully 1day akan dpt jugak menda tu..

rambut ni pon dah nak kena p wat baru rasanya.hehe.. dah bosan ngan rambut ni. tgu la lps final lau da wit lbh2. tgh saving la ni. minat tgk pompuan rambut pendek. org kata ada style la beb. tp takot lak xsuai ngan muka aku ni.. apa2 pon tgu ja sblm belayar p lgkwi nt, mgkin aku akan potg rmbut yg dah pjg berjela ni (bosan2)..


masa aku kat muzium padi. msh xdpt jwpn apa motif singa ni kat muzium tu. sapa ada jwpn?

sahabatku.. tolongla hepi2 selalu..

sahabat...
aku tau aku bukan kawan yg baik..
maaf sbb tak pandai berkata2..
aku bukanla penyair atau penyajak..
aku cuma insan biasa yg hanya tau menaip apa aku rasa..
mungkin ayat aku nampak bodoh..
tp aku tidak bodoh utk memilih kawan..
aku sedar aku kerapkali buat sahabat2ku sedih..
kecewa dengan sikap aku..
tapi,terima la aku apa adanya..
aku juga tak lari dr kesilapan..
bila aku sedih,aku diam2..
sungguh aku tak mau beratkan otak kawan2ku..
biar aku sendiri yg rasa..
sendiri setlekan apa juga masalahku..
tersenyum aku lihat bila kwn2 ku berdiri hepi di depanku..
puas bila dpt melihat kwn2ku riang..
terima kasih kerana bg aku ruang utk hepi bersama kalian..
aku tau aku x sempurna..
bak lagu tu tajuknya "i am not perfect"..
tidak pula ku amik tau sapa penyanyinya..
bila aku bersalah,maafkan aku..
aku tak pernah rasa aku kwn terbaik..
sebab mmg aku belum cukup baik..
kawanku..jgn gelakkan ayat2 ku ini..
walaupun macam budak2 tadika..
aku ikhlas..
tak tau macam mana nak luahkan..
aku bukanla minah jiwang ataupun rockerz..
aku sedang2 saja..
kalian kenal aku kan?
itu saja utk masa ni..
sangat2 berharap hubungan ni akan kekal selamanya...
thanks sbb jd sahabatku..

Lawak bodo kawan aku

Hari ni aku pergi kolej naik kapcai kesayangan aku..maklum la nak nek keta minyak manaleh tahan woo..jadi aku terpaksa nek roda dua yg dilahirkan pada tahun 1996 tu.. tua dah moto aku tu kan?hehe.. tengah seronok aku kena angin pagi yang tak terlalu pagi tu,tetiba pala hotak aku teringat satu perkara yg berlaku kira2 3tahun lepas.. citanya macam ni…


Masa tu aku form6..upper 6 dah.. macam yg aku penah cita kat u all sebelom2 ni kat sekolah oh sekolah tu..lau x ingat x baca la tu..pergi baca cepat..huhu.. pagi tu ngan muka yg tak berapa nak semangat,aku cam classmate len gak bangun bagi salam & selamat pagi kat cikgu. time tu subjek perniagaan.. cikgu tu namanya Hasnah(bukan nama sebenar). Aku ni dah la blur ditambah plak dengan muka cikgu tu ari ni semacam ja.. tapi macam biasa aku wat2 slumber..


Tetiba dia pun bersuara la..lebih kurang cam ni ayat dia “saya tak tau la napa result budak2 kelas ni teruk sangat.ada yg failed.kamu ni x baca buku ke?” aku ni terasa gak tapi takda la takot sangat sebab aku agak ramai lagi yg teruk..hehe. ada la dalam setengah jam gak dia membebel. Aku ni dah berapa kali menguap dah pun x ingat.


Tetiba suara sumbang kat sebelah aku berkata “mesti tgh datang bulan la tu. Sebab tu dia asyik marah dari tadi”..member yg duk sebelah aku bersuara.tanpa aku sedar,aku tergelak hingga cikgu yg mmg dah hot tu perasan. Aduh matila aku. Terus c cikgu tadi pandang tepat ke arah aku yg mmg suka amik tempat di belakang sekali sebab senang nak tidur. “hei.apa yg kamu gelakkan? Kamu tau tak markah kamu paling rendah. Asyik main2 ja dalam kelas.study malas.boleh lagi kamu gelak2 bila saya marah ya.” Nah amik lu kena sebijik ngan cikgu tu.muka aku terus cuak.takoott.. tapi aku wat2 slumber jugak.nak cover depan awek2 & boy2 yg tak berapa ensem tu. Muka cikgu tu mmg dah merah. Aku tak da la merah sangat sebab aku tak da la putih macam cikgu tu. Tertelan air liur jugak la aku. Member yg keluarkan kata2 kurang enak tadi tu diam2 kunun dia x bersalah. Cis!! Hampeh btoi dia tu.kerana kata2 dia,aku kena marah & siap membebel lg.


Lepas ja cikgu tu keluar,kami terus gelak2.member2 aku pun sama gelakkan aku. Fuh!sedap kena sound ngan cikgu tu. Esok dan hari2 berikutnya,aku tak berani lagi gelak2 dalam kelas dia walaupun mood dia baik.serik beb…


Oklah,the moral is, kalau cikgu @ lecturer u all tgh marah,jangan sesekali u all tersengih kat dia. Tak kira la lawak bodo apa sekalipun yg kawan2 u all buat. Kalau tak,terima la nasib u all..hohoho sendiri mau ingat haa…

~ KeDaH DaRuL PeAcE ~



orang gila

lawak ni aku curik(copy & paste) daripada myspace kawan aku.. dia ni mmg giler bola.. aku tersengih bila baca lawak dia ni.. aku tak tau dia reka @ dia pun wat cam aku gak (copy & paste)..aku rasa u all mesti akan melalui perkara yg sama cam aku bila baca ni(tersengih2)..kecuali la lau u all mmg xda perasaan.hehe jom kita layan sesama...


Ada 15 orang gila, mereka akan menjalani ujian kesihatan di Amerika. Mereka dibawa dengan menggunakan pesawat Hercules yang besar. Ketika di udara, orang-orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola sepak di dalam pesawat. Kapten pesawat marah dan menyuruh co-pilotnya untuk menenangkan mereka. "Hoi! Bising sangat nie! Jangan main bola di dalam kapalterbang!!!" bentak co-pilot kepada orang-orang gila tersebut.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-kelamaan, Kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa keadaan di belakang. Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah mati! Orang gilanya tinggal 4 orang!!! "Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja? Yang lain ke mana?"

"Habis... tak boleh main bola di dalam kapalterbang, jadi mereka main bola di luar la."
"HAH?! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam?"

"Kan kami nie pemain simpanan...".

lirik-ketika cinta bertasbih

To all my frenz, hayati lirik ni.. benar-benar bermakna & rasa sebak pun ada.. kalau nak dengar lagu & tgk videonya, klik kat tajuk lagu bawah ni.. kalau rasa stuck2 tu, pandai2 la download ek..hehe =) thanks.. I give 5 stars for this song..


Ketika cinta bertasbih – Melly Goeslow ft Amee

Bertuturlah cinta

mengucap satu nama

seindah goresan sabdaMu dalam kitabku

cinta yang bertasbih

mengutus hati ini

ku sandarkan hidup dan

matiku padaMu

bisikan doaku dalam

butiran tasbih

ku panjatkan pintaku

padaMu Maha cinta

sudah di ubun-ubun

cinta mengusik rasa

tak bisa ku paksa

walau hatiku menjerit

ketika cinta bertasbih

nadiku berdenyut merdu

kembang kempis dadaku

merangkai butir cinta

garis tangan tergambar

tak bisa aku menentang

sujud syukur padaMu

atas segala cinta

ketika cinta bertasbih………..

sekolah oh sekolah!!

Aku ni bersekolah rendah kat area umah aku ni aja.jalan kaki bleh sampai. Result UPSR aku tak da la gempak mana pun.bleh la tahan. Lepas tu aku pun ditempatkan oleh kedua ayahbonda ku di sekolah menengah yg dikelilingi ngan kelapa sawit. Mmg xda pencemaran,tapi banyak gak la minatang2 yg tak diundang leh menceroboh antaranya cows, monkeys, beruk mak yeh dan lain2..


Kesal? Memang pun.. tapi apa leh wat nasi dah jadi bubur.so nak x nak kena telan gak la bubur yg xberapa sedap tu. Aku kesal tapi wat2 slumber macam x kesal. Yg kenal rapat ngan aku tau la cam na kesal & menyesalnya aku melalui liku2 idupku di zaman sekolah dulu dengan cara yg x berapa baik.(ada jugak yg baiknya 2% kot)..


Di sekolah menengah ni la bermulanya kisah aku sebagai seorang student yg agak nasty ckit. Masa form1 until form3,aku ok aja. Result PMR pun bleh tahan.takda yg fail n kira ok la walaupun bukan tahap cemerlang. Masuk aja form4 aku mula wat perangai. Tak tau setan spesis apa yg dah merasuk hatiku yg kecil ni. Aku dah malas nak study. Pergi sekolah pun bleh kira ngan jari. Tapi jgn main2,aku ada kawan baik. Nama they all wa & kc. Nama glamour aja tu. nak jgak glamour 2 makhluk tu..hehe.. we all ni kiranya baru berkenalan masa form4 tu sebab masing2 dari sekolah lain. Aku aja yg jadi penunggu tetap lam sekolah tu.. bila dah kenal antara 1 sama lain lebih rapat, banyak perkara yg dikongsi bersama antaranya apa lagi ponteng sekolah la.. tanpa memikirkan masa depan,masing2 kononnya masa tu nak seronok aja. Orang pergi sekolah,we all of coz la tak termasuk dalam golongan yg skema tu..hehe. tempat we all di shopping complex, station bus dan blabla la.malas nak senaraikan banyak sangat port bersantai. Banyak lagi yg aku wat tapi terpaksa dirahsiakan atas sebab2 tertentu.. SPM? Ooo agak dah mesti u all akan tanya soklan tu..hehe of coz la kantoi..walaupun x failed, tapi aku agak frust kerana x dapat masuk universiti. Sedih gak tgk kawan2 yg len dapat pergi u. tapi apa leh wat,sendiri cari penyakit.. nasib la… kawan2 baik aku pun xdapat masuk u. lepas tu aku pun konon2 pergi la sambung study kat kolej swasta kat area jalan chain ferry, pulau pinang. Kat situ pun aku main2 gak. Ayah aku pun trus berhentikan aku dari situ dan aku disuruh masuk form6. OMG!!! Aku cam x caya aku dah pun ada di tingkatan6. huh memang x best langsung.dah la kena pakai baju sekolah and banyak peraturan nak kena ikut.tapi takpa,aku hepi sebab masih ada kawan baik aku yg seorang lagi tu,wa. C kc plak dah selamat jadi bini orang. U all nak tau,aku pun tak pasti napa la aku ni biol sangat masa tu xreti2 nak berubah. Aku tetap cam tu gak study main2.lastly aku terpaksa menerima hakikat yg result aku peerrrgghhh gila babeng.. kat cni aku terus terang aja la result aku okies:

P.AM

D+

1.33

BM

D+

1.33

SEJARAH

F

0.00

P.PERNIAGAAN

F

0.00

Tgk la betapa teruknya.Mak ayah aku mmg frust la. Aku masa tu mmg x rasa apa2 lagi. Kawan baik aku tu dah selamat masuk u. aku pulak jadi cam tah tak tau nak terangkan.

Masa aku merayau2 kat town,aku ternampak satu ipts ni.tetiba hati aku tergerak nak pergi tanya tentang kos yg ditawarkan kat situ.maklumla,aku tak layak masuk u,jadi aku terima aja la study kat kolej tu. Aku amik kos IT. Diploma aja. Hari pertama aku masuk kat kolej tu,aku dah berazam tak kan main2 lagi macam yg lepas. Aku serik dan mula timbul keinsafan dalam diri..chewah macam pa tah..hehe.. aku pun mulakan la idup baru aku tu. Alhamdulillah sampai sekarang aku masih kat kolej tu. Result aku pun boleh tahan. Lebih2 lagi aku layak apply pinjaman dari MARA.Tapi lau nak guna SPM wat apply MARA tu mmg xlayak.tapi aku guna result semester 1 kat kolej tu. Syukur la permohonan aku diterima. Sekarang aku dah semester 5 kat sini. Tak lama lagi semester 6. kalau takda aral melintang,insyaAllah aku akan tamat hujung tahun depan.


Buat adik2 yg masih bersekolah, hargailah masa sekolah u all. Sebab zaman sekolah tak kan ulang lagi. Zaman di kolej @ universiti boleh di ulang,tapi tidak di sekolah. Kecuali u all mmg cita2 nak jadi cikgu sekolah. Bleh la pergi sekolah hari2..


~ Yang baik dijadikan teladan.. yang buruk dan tak berapa baik dijadikan sempadan =) ~

“sekali kita gagal, tak semestinya kita akan gagal untuk selamanya”

Aku nak ubah sikit kata2 ni:

sekali atau berjuta2 kali kita gagal sekalipun, tak semstinya kita akan gagal utk selamanya”

{{N0tHinG SpeCiaL aBouT Me}}

Special atau x tu belakang kira. Yg penting aku nak tulis gak blog ni.. aku nak jugak sebab naik syok bila baca blog2 member aku.. lg 1, aku nak gak test penulisan aku ni tahap mana.. lau x popular pun x pa asalkan aku hepi apa aku wat =) .. yg paling penting,aku nak share ngan u all apa yg patot dikongsi. Okies,, Nama glamour aku, inn.ceh glamour la kunun.. Lagi ada gak orang panggil ngan panggilan2 lain termasuk nama2 panggilan yg terlarang di belakang ku..huhu x kisah la asalkan they all bahagia.. aku ni simple2 aja.. nak kata bengap tahap tenok tak jugak..nak kata genius tahap gaban pun x jugak. Suam2 suku la(eh btol x ni? Bukan suam2 kuku ke apa tah ah lantak la).. aku lahir tahun 1987. kirala sendiri berapa umur aku sekarang. ok la tu serba sedikit ttg diri aku yg sederhana lagi tak berapa comey ni.. hope u guys dah kenal aku sikit2 okies.. nak taip banyak2 nanti u all kebosanan pulak..